Wednesday, 14 November 2012

1.1 Huruf Besar



Huruf Besar


Penggunaan
Contoh ayat
a) digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat.

a)  Rumah itu di atas bukit.
b)  Persembahan itu belum tamat.
b) digunakan sebagai huruf pertama petikan  langsung.
a)  “Adik kamu mana ?” tanya Jamil.
b)  Abang bertanya, “Betulkah awak tidak 
     mahu   pergi ?”
c) digunakan sebagai huruf pertama dalam  ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk kata ganti untuk Allah.

a)  Yang Maha Pengasih,
b)  Ampunilah hamba-mu.
c)  Semoga Engkau menerima doa kami.
d) digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan  yang diikuti nama orang.
a)  Haji Abdul Ghabur
b)  Nabi Muhamad S.A.W
e) digunakan sebagai huruf pertama untuk  nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang.

a)  Profesor Ahmad Hashim
b)  Sarjan Major Kamarudin , Tengku Iskandar
f) digunakan diawal nama khas

a)  Sharipah, Ipoh, Terengganu, Bank Negara
g) digunakan sebagai huruf pertama nama  bangsa, suku bangsa, dan bahasa.

a)  bangsa Melayu
b)  orang Minangkabau
h) digunakan sebagai huruf pertama bagi  nama rasmi badan, lembaga pemerintah,  serta nama dokumen rasmi kecuali kata  hubung

a)  Lembaga Urusan Tabung Haji
b)  Dewan Bahasa dan Pustaka
c)  Semenajung Tanah Melayu

No comments:

Post a Comment