Ringkasan Tanda Baca
Tanda Baca
|
Ringkasan
|
Contoh ayat
|
Huruf
Besar
|
1. Digunakan pada permulaan sesuatu ayat atau
selepas tanda noktah.
2. Digunakan untuk menulis Kata Nama Khas
3. Digunakan pada awal menulis cakap ajuk dan
selepas tanda tanya dalam ikatan cakap ajuk.
4. Digunakan selepas tanda seruan.
|
a. Ibu memasak nasi.
b. Tan
seorang budak yang pemalu. Dia
baru pindah ke sini.
a. Amin,
ketua Kelas Enam Mawar baru
balik dari kampungnya di Dungun.
b. Ahmad
membaca buku bertajuk “Bukit Rahsia”
yang ditulis oleh Idris Rahman.
a. Dengan lantang ibu berkata “ Bangun, kemu
sudah terlewat ke sekolah.”
b. “Bilakah
awak hendak ke pekan ? Hari
inikah ?” tanya Burhan.
a. Amboi, cantiknya baju dia ! Di mana dia membelinya ?
|
Tanda
noktah atau titik ( .)
|
1. Digunakan untuk mengakhiri sesuatu ayat
yangbukan seruan atau pertanyaan.
2. Digunakan untuk menulis huruf ringkas atau
kependekan.
|
a. Dia baru pulang dari sekolah.
a. Kami melawat R.T.M.
a. Bapanya dianugerahkan pingat P.J.K. oelh
Sultan Terengganu.
|
Tanda
koma ( , )
|
1. Digunakan untuk memisahkan unsur-unsur yang
sama dalam sesuatu ayat
2. Digunakan selepas kata seruan.
3. Digunakan untuk memisahkan cakap ajuk
daripada bahagian lain dalam ayat.
4. Digunakan di belakang pada kata penghubung
pada awal ayat.
|
a. Abang pergi ke kedai membeli tepung, gula,
bawang, biskut, roti , dan susu.
a. Wah, bijak betul budak itu !
a. Cikgu Asrul berkata, “Tolong ambilkan buku
kuning itu.”
b. “Biarkan dia lakukan sendiri kerja itu,”
pesan ibu.
a. Oleh itu, kita mesti bertindak dari
sekarang.
b. Jadi, dia pun lari dari situ.
|
Tanda
Tanya atau soal ( ? )
|
Digunakan untuk menamatkan ayat soal.
|
Pukul berapa dia pergi ke sana ?
|
Tanda
Seruan ( ! )
|
Digunakan di hujung ayat-ayat seruan.
|
a. Oh, awak rupanya yang mengetuk pintu tadi !
b. Eh, bila kamu sampai !
|
Tanda
Sempang atau Sengkang
( - ) |
1. Digunakan untuk menulis kata ganda.
2. Digunakan untuk merangkaikan huruf kecil
dengan huruf besar.
3. Digunakan untuk merangkaikan awalan ke
depan angka atau nombor.
4. Digunakan untuk merangkaikan angka dengan
akhiran -an.
|
a. Gunung-ganang, lauk-pauk, bukit-bukau,
kuda-kuda
b. rahmat-Nya, Se-Malaysia, anti-Amerika,
Insya-Allah.
a. Ke-60, ke-10
b. Mereka menyambut ulang tahun perkahwinan
yang ke - 5.
a. 60-an, 70-an, 80-an, 90-an
b. Irama Pop Yeh-Yeh terkenal pada tahun
60-an.
|
Tanda
Noktah Bertindih ( : )
|
1. Digunakan untuk menambahkan penjelasan
dalam sesuatu ayat.
2. Digunakan untuk menggantikan maksud iaitu.
3. Digunakan untuk memisahkan watak dengan
dialog dalam sesuatu perbualan.
4. Digunakan untuk menerangkan sesuatu dalam
ayat.
|
a. Kamu mesti belajar bersungguh-sungguh: Jika
tidak berpelajaran, kita akan di pandang hina.
b. Kita mesti membantu orang yang dalam
kesusuhan : sikap yang disukai masyarakat
a. Cikgu : Mengapa awak tidak datang ke
sekalah semalam ?
Sani : Saya tidak sengaja. Saya lewat bangun.
a. Di dalam beg ini ada :
i- buku
ii- pensil
iii- pembaris
iv- pemadam
|
Tanda
Koma Bertindah ( ; )
|
1. Digunakan untuk memisahkan bahagian ayat
yang setara dengan keadaannya.
2. Digunakan untuk memisahkan
bahagian-bahagian ayat yang menggunakan kata hubung.
|
a. Bawakan barang-barang ini dan berikan
kepada Pak Yusof ; cangkul, sabit dan penggali.
b. Kami semua lulus dalam ujian matematik ;
Manisah 80 merkah, Tina 82 markah dan saya sendiri 88 markah.
a. Dia seorang budak yang baik ; kami semua
sayang kepadanya.
b. Buktikan kepandaian kamu ; kalahkan pasukan
mereka.
|
Tanda
Pengikat Kata atau Petik
( “ “ ) |
1. Digunakan untuk menulis cakap ajuk.
2. Digunakan untuk menulis nama buku, majalah,
cerita, sajak, lagu dan sebagainya dalam sesuatu ayat.
|
a. “Saya hendak pergi ke perpustakaan,” kata
Ghani.
b. Adnan berkata, “Sayalah pemain yang
menjaringkan gol itu.”
a. Cikgu Hashimi menulis sebuah buku bertajuk,
“Penggunaan Tatabahasa dalam U.P.S.R.”
|
No comments:
Post a Comment